Posts

Jual Beli

Image
Jual Beli - Maksud dari segi bahasa: pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain. - Maksud dari segi syarak: menukar harta benda yang mempunyai nilai mengikut cara tertentu yang diharuskan oleh syarak dengan lafaz ijab dan qabul. - Hukum asalnya adalah harus. Firman Allah:  وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا  Maksudnya:  Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah: 275) Rukun Jual Beli 1. Penjual dan pembeli - baligh, berakal, bebas, ada kemahuan sendiri dan mampu menguruskan barangan dengan baik - Membuat pilihan kecuali dalam kes yang melibatkan undang-undang - Penjual dan pembeli orang yang berbeza - Beragama Islam bagi jual beli yang melibatkan Al-Quran dan hadis - Bukan kafir harbi bagi jual beli yang melibatkan senjata 2. Barang Jualan - Bersih dan suci - Befaedah menurut syarak dan bernilai menurut Islam - Kepunyaan penjual atau wakilnya - Kadar, jen...

Jual Beli Saham

Image
Jual Beli Saham Pengertian - Bahasa: perkataan arab  sahm  yang bermaksud bahagian - Syarak: Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat sebagai alat pemilikan - Ahli ekonomi: Bahagian tertentu sebuah pemodal dalam syarikat yang mewakili hak milik dalam syarikat dan memberi hak tertentu Hukum saham mengikut aktiviti perniagaan syarikat Rukun Saham Pelaburan Saham Menurut Islam -   Mesti bebas daripada riba - Bukan dalam syarikat yang berurusniaga dalam perkara haram - Saham yang dibeli tiada unsur spekulasi

Pinjaman (Al-Ariyah)

Image
Pinjaman (Al-Ariyah) Pengertian - Bahasa: Sesuatu yang dipinjam dan kemudian dikembalikan. Ia juga bermaksud saling bertukar atau mengganti sesuatu. - Syarak: Mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa membayar imbuhan. Kontrak memberi peminjam untuk menggunakan manfaat, bukannya memiliki sesuatu. Hukum Pinjaman - Hukumnya adalah harus. Firman Allah:  وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ  Maksudnya:  Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Surah al-Ma'idah: 2) Rukun dan Syarat Sah Pinjaman Kontrak terbatal jika: - Peminjam memulangkan barangan pinjaman - Pemilik menuntut semula barangannya walaupun tempoh pinjaman belum tamat - Salah satu pihak meninggal dunia - Salah satu pihak hilang syarat kelayakan  (muflis, gila dll.)

Hutang (Al-Qard)

Hutang (Al-Qard) Pengertian - Bahasa: Pengasingan sebahagian harta untuk diberi pinjam dan akan dikembalikan semula dalam tempoh tertentu - Syarak: Pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan yang akan dipulangkan sama ada dalam bentuk zat yang sama atau tidak. Hukum Hutang - berbeza ke atas peminjam dan pemberi pinjam berdasarkan keadaan Hukum ke atas Pemberi pinjam 1. Wajib - Wajib jika peminjam dalam keadaan terdesak untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan pemberi pinjam mampu 2. Haram - Haram jika diyakini peminjam akan menggunakan pinjaman untuk melakukan perkara haram 3. Sunat - Secara umumnya, memberi pinjaman hukumnya sunat kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah 4. Makruh - Pinjaman diberi tidak mengikut keutamaan orang-orang yang ingin meminjam - Diyakini bahawa peminjam akan membazirkan pinjaman 5. Harus - Memberi pinjaman bukan untuk membantu peminjam Hukum ke atas Peminjam 1. Wajib -  ...

Riba

Riba Pengertian - Bahasa: Pertambahan - Syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi suatu pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaannya dari segi syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satunya. Hukum Riba - Hukum riba adalah haram. Firman Allah:  الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ Maksudnya:  Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah dise...

Konsep Halal dan Haram dalam Islam

Image
Konsep Halal dan Haram dalam Islam Pemakanan: Penerangan Perintah Tuhan Berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat ke-168, Allah telah menjelaskan bahawa kita WAJIB memakan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang haram. يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا - 2:168 Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik... (Surah Al-Baqarah 2:168) Mengelakkan daripada azab neraka Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat. Rasulullah SAW bersabda: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ Maksudnya; Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram. (Direkodkan oleh Ahmad) Doa Makbul Orang yang makan makanan halal, doanya makbul. Manakala, orang yang memakan makanan yang haram, doanya terhijab. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya:  Berapa banyak orang yang rambutnya kusut masai, ...

Perbezaan Antara Sistem Muamalat Islam Dan Konvensional

Image
Perbezaan Antara Sistem Muamalat Islam Dan Konvensional Perbezaan Sistem Kewangan Islam dan Konvensional boleh dilihat kepada konsep dan operasi. Konsep Kewangan Islam merujuk kepada prinsip-prinsip syariah yang bebas daripada unsur-unsur yang dilarang seperti riba, gharar (keraguan), maisir (judi), tadlis (penipuan), penindasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Manakala konsep sistem kewangan konvensional pula berlandaskan pemberian faedah (riba) dalam hampir semua transaksi sama ada dalam pinjaman, overdraf, cukai, sewa beli simpanan dan kad kredit. Dari sudut operasi pula, Sistem Kewangan Islam berteraskan akad yang telah dipersetujui oleh  syarak seperti Bai' Bithaman Ajil (BBA), Wadi'ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya. Manakala Sistem Kewangan Konvensional pula operasinya tidak berteraskan akad-akad yang sah dari sudut syarak dan kebanyakannya terlibat dalam sistem pinjaman yang berteraskan riba. Sistem Kewangan Islam pelaburannya bebas...