Hutang (Al-Qard)
Hutang (Al-Qard)
Pengertian
- Bahasa:
Pengasingan sebahagian harta untuk diberi pinjam dan akan dikembalikan semula
dalam tempoh tertentu
- Syarak:
Pinjaman yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan yang akan dipulangkan sama ada
dalam bentuk zat yang sama atau tidak.
Hukum Hutang
- berbeza ke atas peminjam dan
pemberi pinjam berdasarkan keadaan
Hukum ke atas Pemberi pinjam
1. Wajib
- Wajib jika peminjam dalam keadaan
terdesak untuk menyara hidupnya atau keluarganya dan pemberi pinjam mampu
2. Haram
- Haram jika diyakini peminjam akan
menggunakan pinjaman untuk melakukan perkara haram
3. Sunat
- Secara umumnya, memberi pinjaman
hukumnya sunat kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah
4. Makruh
- Pinjaman diberi tidak mengikut
keutamaan orang-orang yang ingin meminjam
- Diyakini bahawa peminjam akan
membazirkan pinjaman
5. Harus
- Memberi pinjaman bukan untuk
membantu peminjam
Hukum ke atas Peminjam
1. Wajib
- Pinjaman dilakukan untuk
menyelamatkan nyawa seseorang
2. Haram
- Jika pinjaman akan digunakan
untuk perkara haram
3. Sunat
- Meminjam untuk sesuatu keperluan
jika boleh mengurangkan bebanan
4. Makruh
- Meminjam semata-mata untuk
berlebihan dalam sesuatu perkara
5. Harus
- Diharuskan meminjam sekiranya
berhajat tetapi hajat tersebut tidak sampai tahap wajib atau sunat
Comments
Post a Comment