Riba
Riba
Pengertian
- Bahasa: Pertambahan
- Syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi suatu pertukaran barang atau nilai tertentu dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaannya dari segi syarak ketika akad atau diketahui persamaannya dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah satunya.
Hukum Riba
- Hukum riba adalah haram. Firman Allah:
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah: 275)
Riba al-Nasi'ah
- Meletakkan kadar bunga pada bayaran pinjaman yang lewat
Riba al-Fadl
- Pembayaran lebih yang berlaku disebabkan pertukaran barang
- Riba ini juga berlaku dalam jual beli yang melibatkan barang yang sama jenis. Contohnya menjual 1 kg emas berkualiti rendah dibayar dengan 1/2 kg emas berkualiti tinggi
- Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Emas dengan emas, perak denagn perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai. Apabila berlainan jenis, kamu bboleh jual mengikut kehendak kamu asalkan tunai.
(Direkodkan oleh Muslim dan Ahmad)
- Mengikut hadis, umumnya berlaku dalam 6 perkara iaitu emas, perak, biji gandum, kurma, garam dan tepung gandum
- Namun benda-benda tersebut boleh diqiyaskan dengan beras, gula dan sebagainya.
- Barang yang disebut dalam hadis boleh dijual dengan barang yang sama jenis dengan syarat:
1. Sama sukatan dan timbangan
2. Dengan tunai
3. Terima dalam majlis akad
- Jika berlainan jenis, hendaklah dijual dengan syarat:
1. Dengan tunai
2. Terima dalam majlis akad
Comments
Post a Comment