Fiqh Munakahat
KONSEP MUNAKAHAT
Pengertian Munakahat
- Bahasa : Ikatan atau simpulan
- Istilah atau Syarak : Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan batas hak dan kewajipan serta bertolong-tolongan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, yang di antara keduanya bukan mahram.
Peranan- peranan lelaki dan wanita dalam institusi keluarga :
Hikmah - hikmah perkahwinan dalam Islam :d
Penerangan :
1. Sunnah para Nabi dan Rasul
- Rasulullah amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin. Daripada Aisyah r.a. berkata, Nabi bersabda SAW, : " Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku. "( Riwayat Ibn Majah).
- Dengan mencontohi sunnah rasul dengan membina keluarga melalui perkahwinan, kita akan memperolehi kebaikan dan keselamatan yang berpanjangan bukan sahaja di dunia, malah akan berlanjutan di akhirat.
2. Tenang dan Tenteram
- Seseorang individu itu akan berasa bahagia, aman dan tenteram melalui perkahwinan dengan adanya ikatan kasih sayang antara suami isteri.
- Allah berfirman bermaksud : " Dan antara tanda- tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri- isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya, dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang. " ( Ar-Rum : 21 )
3. Memelihara Iman
- Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW : " Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi. "
- Hadis ini menjelaskan, apabila seseorang itu telah berkahwin, maka ia akan terselamat daripada perkara- perkara dosa terutama yang berkaitan dengan nafsu syahwat.
4. Yakin Rezeki daripada Allah
- Sabda Nabi SAW : " Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin, maka dia bukanlah daripada golonganku. " ( Riwayat Abu Daud )
- Rezeki adalah dalam kekuasaan Allah. Manusia hanya perlu berusaha mendapatkan rezeki. Selain bekerja untuk menyara kehidupan, usaha lain yang boleh diamalakn ialah dengan bersolat Dhuha setiap hari, Insyaallah akan dikurniakan Allah murah rezeki.
5. Zuriat
- Daripada Ma'qal bin Yasar, bersabda Rasulullah SAW, : " Berkahwinlah kamu dengan wanita pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai. " ( Riwayat Abu Daud ).
- Justeru, menerusi perkahwinan akan lahirlah zuriat umat Islam yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi.
6. Disiplin Hidup
- Melalui perkahwinan, akan mewujudkan kehidupan teratur dan berdisiplin dalam kehidupan berumah tangga. Seterusnya, akan menimbulkan rasa tanggungjawab dan pengagihan tuga antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak- anak.
Comments
Post a Comment