Jual Beli
Jual Beli
- Maksud dari segi bahasa:
pertukaran sesuatu dengan sesuatu yang lain.
- Maksud dari segi syarak: menukar
harta benda yang mempunyai nilai mengikut cara tertentu yang diharuskan oleh
syarak dengan lafaz ijab dan qabul.
- Hukum asalnya adalah harus.
Firman Allah:
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ
الرِّبَا
Maksudnya: Dan
Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
(Surah
al-Baqarah: 275)
1. Penjual dan pembeli
- baligh, berakal, bebas, ada
kemahuan sendiri dan mampu menguruskan barangan dengan baik
- Membuat pilihan kecuali dalam kes
yang melibatkan undang-undang
- Penjual dan pembeli orang yang
berbeza
- Beragama Islam bagi jual beli
yang melibatkan Al-Quran dan hadis
- Bukan kafir harbi bagi jual beli
yang melibatkan senjata
2. Barang Jualan
- Bersih dan suci
- Befaedah menurut syarak dan
bernilai menurut Islam
- Kepunyaan penjual atau wakilnya
- Kadar, jenis dan sifat yang
diketahui kedua-dua pihak
- Wujud dan boleh diteruskan semasa
akad kecuali dalam jual beli al-Salam dan al-Istisna'
3. Harga
- Bayaran yang laku dalam pasaran
- Jelas jumlahnya
- Bayaran milik pembeli
- Jenis mata wang diketahui oleh
kedua-dua pihak
- Bayaran boleh diserahkan kepada
penjual
4. Ijab dan Qabul
- Ijab berterusan dan tidak berubah
sehingga diterima
- Berlaku dalam satu majlis dan
tiada tempoh yang lama di antaranya
- Tidak diselangi percakapan lain
yang tidak berkaitan
- Wujud persamaan antara ijab dan
qabul walaupun berlainan perkataan
- Tidak boleh dikaitkan dengan
sesuatu yang tidak berkaitan
- Tidak boleh dihadkan untuk tempoh
tertentu
Bentuk-bentuk Jual Beli
1.
Jual beli yang dibenarkan:
2. Jual beli yang haram dan tidak
sah:
3. Jual beli yang haram tetapi sah
Comments
Post a Comment