Konsep Halal dan Haram dalam Islam
Konsep Halal dan Haram dalam Islam
Pemakanan:
Penerangan
Perintah Tuhan
Berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat ke-168, Allah telah menjelaskan bahawa kita WAJIB memakan makanan yang halal dan menjauhi makanan yang haram.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا- 2:168
Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik...
(Surah Al-Baqarah 2:168)
Mengelakkan daripada azab neraka
Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di akhirat. Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ
Maksudnya; Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram.
(Direkodkan oleh Ahmad)
Doa Makbul
Orang yang makan makanan halal, doanya makbul. Manakala, orang yang memakan makanan yang haram, doanya terhijab. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Berapa banyak orang yang rambutnya kusut masai, badanya berdebu lantaran
terlalu lama dalam pelayaran, makananya dari yang haram dan pakaiannya dari yang hram,
dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdo: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.
Diterima Amalan
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalam diterima. Sebaiknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada oleh Allah amal darinya empat puluh hari.
(Direkodkan oleh Al-Tabrani)
Hati bersih
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).
Comments
Post a Comment