Sewaan (Al-Ijarah)

Sewaan (Al-Ijarah)


Pengertian


  • Bahasa: Jual beli manfaat.
  • Istilah:   Bayaran atau ganjaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja termasuk juga upah, sewa atau imbuhan.
  • Syarak:  Kontrak untuk mendapatkan manfaat daripada sesuatu barangan tertentu dengan bayaran tertentu.

Hukum

Harus. Ini berdasarkan Surah Al-Talak ayat ke-6:


فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ - 65:6

Maksudnya: kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, 
maka berikanlah kepada mereka upahnya...
(Surah Al-Talak 65:6)

Jenis sewaan

  1. Zimmah : Menyewa sesuatu yang belum ada sewaktu akad.
  2. Ain :        Menyewa atau mengupah sesuatu yang sudah ada di hadapan mata sewaktu akad.


Hikmah


  1. Memberi kemudahan kepada orang yang tidak mempunyai sesuatu barang.
  2. Menambah kelapangan bagi pemilik barang dengan mendapat bayaran sewaan.
  3. Mengeratkan perhubungan antara satu sama lain.
  4. Semua anggota masyarakat mendapat manfaat.
  5. Memberikan kemudahan kepada golongan yang tidak mampu.


Rukun & syarat

  1. Pemberi sewa.
  2. Penyewa.
  3. Manfaat atau perkhidmatan.
  4. Bayaran atau upah.
  5. Ijab dan qabul.

Comments